Sertai Komuniti Pembelajaran

Search

21 February 2010

Rumah Panjang Iban Sarawak


Rumah Panjang merupakan tradisi kaum Iban terdiri daripada satu deret berpuluh-puluh rumah kelamin. Rumah ini mempunyai ciri dan keistimewaan tersendiri maupun dari segi keselamatan dan kebudayaan. Senibina rumah ini berpegang teguh dengan adat tradisi tempatan suku kaum masing-masing yang tidak dipengaruhi oleh mana-mana masyarakat luar.
Rumah ini menggunakan tiang jenis kayu keras dan tidak mudah reput seperti kayu belian yang mudah didapati di Kepulauan Borneo. Bumbunngnya dari daun rumbia seperti Biru, Pantu, Mulong dan jenis daun tebal.

Dinding rumah berkenaan diperbuat daripada kulit kayu seperti Terentang atau buluh yang dikelar dan dibelah. Lantainya pula menggunakan buluh, papan atau kulit kayu. Tangga rumah diperbuat daripada sebatang kayu bulat yang ditakik dengan beliong dan dipanggil tangga takik.

Rumah Panjang mempunyai 3 ruang iaitu tanju (serambi atau beranda terbuka), ruai (ruang terbuka) dan bilik. Bahagian di atas bilik dan ruai dipanggil sadau (peran) sebagai tempat tidur anak dara disamping tempat menyimpan bijian dan perkakas.


21 comments:

THANKS FOR SHARING , NICE INFO . =)

This comment has been removed by the author.

What os kepentingan rumah panjang

thank you for ur information....

boekkkkkk!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Thank you kepada yang telah menerangkan..dan mengkaji bagaimana rumah panjang ini dibina..kami sebagai seorang pelajar amat menghargai..maklu mat yang diberikan di sini..kerana mudah bagi kami mengenali asal-usul dan adat istiadat satu-satu kaum..

selamat sejahtera. Mohon keizinan menggunakan gambar dalam blog ini untuk penghasilan video pdpc (untuk pembelajaran semata mata) bagi kegunaan pelajar sek menengah.

Post a Comment