Pengenalan Kajian Tempatan

Blog ini dihasilkan bertujuan memberikan satu sajian ilmu dalam media baru bagi memudahkan murid-murid sekolah rendah di Malaysia mendapat ilmu tambahan selain daripada buku teks. Konsep yang mempunyai kadar mobiliti yang tinggi dengan sambungan internet memudahkan murid membuat rujukan dimana juga mereka berada.

Read More

Rumah Dalam Negara

Murid-murid telah belajar mengenai petempatan awal, faktor mempengaruhi kepadatan, dan fungsi rumah. Guru boleh menerangkan mengenai dua jenis rumah yang terdapat di Malaysia iaitu rumah tradisional dan rumah moden.

Read More

Rumah diluar Negara

Ruangan ini dibangunkan untuk murid lebih memahami dan dapat melihat secara jelas tentang rumah-rumah yang terdapat di negara-negara lain yang mana mempunyai struktur rekacipta yang berbeza berbanding dengan rumah yang terdapat didalam Negara.

Read More

Soalan Latihan

Latihan dibekalkan kepada pelajar bagi mengukuhkan kefahaman mereka tentang topik yang mereka pelajari. Soalan berbentuk latihan kertas dan pensil ini akan membantu mereka khususnya apabila menghadapi peperiksaan.

Read More

Video Pengajaran

Ruangan video ini dibina bagi memberikan gambaran yang lebih realistik bagi memudahkan murid memahami pembinaan satu-satu bentuk rumah. Penggunaan visual akan lebih disukai dan ia mampu menarik minat murid ketika melakukan sesi pengajaran dan pembelajaran.

Read More

Sertai Komuniti Pembelajaran

Search

01 March 2011

Pengenalan Rumah di Malaysia

 

Topik ini adalah topik dalam Kajian Tempatan tahun 4
Murid-murid telah belajar mengenai petempatan awal, faktor mempengaruhi kepadatan, dan fungsi rumah. Guru boleh menerangkan mengenai dua jenis rumah yang terdapat di Malaysia iaitu rumah tradisional dan rumah moden.

Rumah tradisional ialah rumah yang dibina secara tradisi dan dibina oleh tukang kayu menggunakan kemahiran tradisi seperti sebuah rumah menggunakan pasak iaitu tanpa paku. Rumah sebegini biasanya terdapat di kampung, tetapi ada juga rumah yang telah dibaik pulih dan menjadi muzium atau pameran untuk orang ramai. Rumah tradisional dibina menggunakan hasil alam seperti kayu meranti, nyatoh dan sebagainya.



Rumah moden ialah rumah seperti banglo, teres, pangsapuri. Rumah begini dibina dengan kepakaran serta teknologi moden. Rumah moden pula dibina menggunakan batu bata, simen, besi, dan kaca.

LATIHAN TAMBAHAN


ARAHAN: Sila isikan tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.

 1. Iglu, tupik dan rumah kayu ialah contoh jenis rumah yang terdapat di Zon
    ______________.
    ( sejuk, sederhana sejuk, panas, sederhana panas )

2. Rumah musim sejuk yang berbentuk separuh bulatan dan dibina daripada       ketulan ais dikenali sebagai ____________
   ( tupik, iglu, khemah )

3. ______________ ialah khemah yang berbentuk segi tiga, iaitu rumah musim panas.
   ( Khemah, Tupik, Iglu )

4. Tupik dibina daripada kulit  ____________. atau karbu.
    ( beruang kutub, harimau Siberia, anjing laut )

5. Rumah yang mempunyai bumbung berbentuk ‘v’ terbalik dan berserombong asap dibina di zon  _____________.
   ( sejuk, sederhana sejuk, panas, sederhana panas )

6. Rumah di zon  ______________  berbentuk segi empat dan berbumbung rata.
   ( sejuk, sederhana sejuk, panas, sederhana panas )

 7. ________________ yang dibina oleh kaum Badwi dibuat daripada kulit binatang
   atau kain tebal.
  (Iglu, Tupik , Khemah)

8. Binaan rumah di zon sederhana sejuk dan zon sederhana panas adalah sama,  iaitu bumbung berbentuk ‘v’ terbalik kecuali tiada  _____________.
   ( alat pemanas, serombong asap, tandas pam )